• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Treler Maut Terowong Menora Sesak 7 Kilometer

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pemandu treler maut manakala pemandu dan seorang penumpang pacuan empat roda cedera susulan terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 256.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora, tengah hari tadi.

Kemalangan pada 12.10 tengah hari itu membabitkan treler membawa muatan batu kerikil dan Toyota Land Cruiser yang menyebabkan kenderaan berat terbabit melintangi laluan selain muatan turut bertaburan hingga laluan ke utara terhalang sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan kesesakan sejauh tujuh kilometer (km) dan laluan kontra terpaksa dibuka bagi membolehkan pengguna lebuh raya yang terperangkap meneruskan perjalanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kemalangan itu mengakibatkan pemandu treler M Lithiskumar, 32, maut di lokasi kejadian.

“Pemandu pacuan empat roda, berusia lelaki berusia 32 tahun cedera di bahagian pinggang, manakala penumpang wanita berusia 33 tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Taiping dan sampai di tempat kejadian ia dipercayai terlanggar bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan yang sedang bergerak di lorong kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zakaria berkata, akibat dari perlanggaran itu kedua-dua kenderaan terbalik ke dalam longkang di bahu kiri jalan dan treler berkenaan juga menghalang sepenuhnya laluan ke utara.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan ambulans untuk rawatan susulan.

“Aliran trafik sesak sepanjang lebih 7km hala ke utara kerana kedua-dua lorong terhalang untuk semua kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim ketika dihubungi pula berkata, pengguna lebuh raya diminta keluar di Tol Ipoh Selatan hala utara bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan susulan kemalangan itu.

“Pihak PLUS juga membuka laluan kontra di KM256.3 hingga KM253.9 berhampiran lokasi kemalangan dalam proses mengurangkan kesesakan,” katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ketika dihubungi berkata, mereka tiba di lokasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.29 tengah hari dan mendapati pemandu dan penumpang pacuan empat roda sudah dikeluarkan orang awam daripada kenderaan yang terbalik itu.

“Pemandu treler pula disahkan maut di tempat kejadian dan bomba membantu mengangkatnya menggunakan pengusung sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 1.46 tengah hari,” katanya. – BH Online

Tags: kemalangan mautpemandu trelerterowong menora
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd