• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Dari UK Turut Sahkan Video Seks Tulen

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan forensik oleh pakar dari United Kingdom (UK) mengesahkan video intim yang dikaitkan dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tulen.

Malah video yang tersebar itu juga tidak disunting berdasarkan sela masa atau kepanjangan video berkenaan menerusi perbandingan terhadap empat video dilampirkan.

Rumusan mengenai siasatan forensik itu tersebar sejak malam tadi menerusi aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan maklumat yang disebarkan, pakar forensik berkenaan, James Zjalic menyatakan bahawa pemeriksaan wajah dilakukannya pada video tersebut secara morfologi memberi ketepatan dan persamaan dari segi ciri-ciri wajah yang tidak boleh dipertikaikan.

Tidak ada juga perkara yang boleh disingkir daripada pembuktian kesamaan wajah yang dianalisis sekaligus memberi jawapan kepada kedua-dua persoalan mengenai pemeriksa iaitu video tersebut adalah tulen dan perbandingan wajah dalam imej dan wajah rujukan diberikan oleh pihak pelanggan adalah sepadan.

Rumusan berkenaan sebelum ini menemukan dua tahap ketulenan berdasarkan perbandingan wajah pada video yang disiasat, katanya.

Ia disebabkan video diterima diambil daripada aplikasi group WhatsApp yang kualitinya lebih rendah daripada video yang dirakam melalui alat perakam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, pakar-pakar yang menganalisis video itu merumuskan ia adalah sahih dan tiada elemen manipulasi atau disunting.

Ia berdasarkan laporan forensik dari Indonesia yang mengesahkan pelaku dalam video tersebut adalah Haziq Abdullah dan Ahli Parlimen Gombak.

Menurut Lokman, pakar forensik tersebut turut mendapati tiada unsur muka diubahsuai kerana dapat dikesan ketika mata Mohamed Azmin dan Haziq berkelip secara normal dan semula jadi yang tidak boleh dicipta dengan teknik deepfake malah posisi mereka yang sentiasa bergerak. – Malaysiagazette

Tags: Haziq AzizLokman Noor AdamMohamed Azmin Alivideo seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendakwaan Mohon Hukuman Penjara Tambahan Ke Atas Lokman

Pendakwaan Mohon Hukuman Penjara Tambahan Ke Atas Lokman

29/09/2022
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa hukuman penjara sebulan terhadap Lokman Noor Adam kerana kesalahan menghina mahkamah perlu ditingkatkan demi menjaga maruah...

Lokman Noor Adam Dipenjara Sebulan

15/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd