• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Anne Teruja Lihat Air Terjun, Dedah Sukarelawan

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 sejak 4 Ogos lalu terjawab selepas penemuan mayatnya petang semalam yang disahkan oleh keluarganya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, malam tadi.

Sebelum itu, Nora Anne pernah menyatakan keterujaannya sebaik tiba di resort The Dusun Hill iaitu lokasi penginapan mereka sekeluarga bercuti.

Berdasarkan laporan yang dipetik dari Daily Mail, keterujaan Nora Anne itu didedahkan oleh seorang sukarelawan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

Dalam laporan itu juga, remaja itu meluahkan rasa keterujaannya mengenai air terjun kepada ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin ketika tiba di resort berkenaan untuk percutian selama dua minggu di situ.

Menurut sukarelawan Shirley Yap kepada Daily Mail, dia dimaklumkan melakukan pencarian di kawasan air terjun iaitu satu jam sebelum mayat Nora Anne ditemui.

“Kami diberitahu yang Nora sangat teruja melihat air terjun itu setibanya di resort.

“Kami melakukan pencarian di kawasan air terjun dengan mengikut aliran air ke bawah gunung,” katanya.

Semalam, seramai 22 sukarelawan daripada Seremban Hiking Club, menemukan mayat Nora Anne di lokasi terbabit.

Mayat gadis malang itu ditemui oleh sekumpulan pendaki Seremban Hiking Club yang turut menyertai operasi SAR berkenaan berhampiran lokasi yang di inap keluarganya jam lebih kurang 1.57 pagi.

Jarak penemuan mayat itu kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan berkenaan dan mayat mangsa dilaporkan dalam keadaan tidak berpakaian.

Semalam, polis turut menegaskan lokasi penemuan mayat Nora Anne adalah dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini.

Terdahulu, Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu. – Sinar Harian

Tags: Irelandkes kehilanganNora Anne Quoirinremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd