• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Disalah Guna, Paknil Buat Laporan Polis

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Paknil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Samarahan, Sarawak semalam selepas mendapati namanya disalah guna oleh pihak tertentu.

Menerusi perkongsian dalam sebuah video di Instagramnya, pengacara berusia 57 tahun itu menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk menipu orang ramai di sebuah pusat beli-belah di Kota Samarahan.

“Saya dapat laporan ada orang guna nama saya tanpa kebenaran. Mereka yang menjual barangan elektrik memanggil orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai untuk buat cabutan bertuah dan menang hadiah percuma.

“Hadiah itu pula dikatakan akan disampaikan oleh saya di atas pentas dalam sebuah majlis yang  diadakan pada 31 Ogos ini di pusat beli-belah berkenaan.

“Jadi saya mahu mengingatkan kepada orang Kuching bahawa saya tiada kena-mengena dengan usaha untuk memerangkap orang-orang yang dirasakan boleh mereka tipu,” katanya.

Tambah Paknil, beliau tidak mahu masyarakat di situ percaya kerana secara kebetulan beliau kini sedang berada di Kuching atas urusan kerja.

“Kebetulan saya ada di sini, nanti orang percaya tentang cabutan bertuah itu. Sedangkan saya ke sini tiada kaitan dengan syarikat elektrik berkenaan.

“Akhirnya nanti akan sebabkan anda kehilangan wang ringgit. Jadi berhati-hatilah kepada semua dan jika anda didekati oleh manusia penipu seperti ini, buat laporan polis,” pesannya. – K! ONLINE

Tags: Aznil Nawawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

01/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Artis senior tanah air, Aznil Nawawi, menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa...

Aznil Nawawi Kehilangan Seorang Lagi Abang Kandung

18/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Diuji dengan pemergian dua saudara kandung ke rahmahtullah dalam tempoh sebulan adalah hakikat yang amat berat untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd