• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mungkin 2 Atau 3 Tahun Kekal Jawatan PM – Mahathir

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua atau tiga tahun, walaupun ada pihak mahu beliau kekal sehingga habis penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, sesiapa sahaja berhak memberi pendapat supaya beliau kekal menjadi Perdana Menteri, namun beliau tetap berpegang kepada janji.

“Saya telah berjanji akan letak jawatan bila saya dapati situasi negara berada dalam keadaan baik dan ia boleh diteruskan (oleh pengganti) selepas itu.

“Mungkin dua atau tiga tahun (kekal sebagai Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di sini, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan meletakkan jawatan adalah muktamad atau boleh dipertimbangkan semula, Perdana Menteri menjawab soalan itu secara berseloroh.

“Kecuali ada orang tolak saya ke satu sudut dan hala senapang ke kepala dan suruh saya kekal sampai habis penggal, jadi saya akan teruskan, (tetapi) saya akan tunaikan janji,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, kepemimpinan Dr. Mahathir diperlukan untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang pekerjaan serta kekayaan untuk semua.

Beliau juga yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia.

Semalam, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor mahu Dr. Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU-14.

Mereka ialah ADUN Selat Kelang, Abdul Rashid Asari; Sallehudin Amiruddin (Kuang); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Harumaini Omar (Batang Kali) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil).

Sallehudin dilaporkan berkata, semua pihak patut menyokong usaha Dr. Mahathir memulihkan ekonomi negara dan tidak wajar didesak untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kilang Nafi Keluar Memo Larang Pekerja Islam Bersolat

Next Post

Mahathir Nafi Tangguh Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya

Related Posts

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

Next Post

Mahathir Nafi Tangguh Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd