• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohammadin Sahkan KSU Dipanggil SPRM

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dan hari ini bagi memberi keterangan.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada tindakan SPRM itu bagi siasatan berkaitan salah laku rasuah atau perkara lain kerana belum berkesempatan berjumpa Isham.

“Beliau dipanggil memberi keterangan semalam dan hari ini, saya tidak boleh ulas panjang mengenai perkara ini kerana belum mendapat maklumat secara terperinci. Tujuan apa beliau dipanggil pun saya tidak tahu.

“Setakat ini, saya difahamkan hanya beliau seorang sahaja (kakitangan kementerian) yang dipanggil oleh SPRM. Situasi ini tidak akan menjejaskan sebarang operasi di kementerian ini dan semuanya lancar,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, notis memerintahkan Isham hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM tular di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya berhubung kes yang disiasat.

Mohamaddin berkata, beliau tidak mengetahui pihak mana yang membuat laporan kepada SPRM sehinggakan Ketua Setiausaha kementeriannya itu dipanggil memberi keterangan, namun akan memberikan kerjasama dalam siasatan jika perlu.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai di kementerian ini yang melakukan kesalahan termasuk rasuah. Kita kerajaan baharu yang bersih dan perkara berkenaan perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Ketika ditanya adakah ada tindakan dalaman terhadap Isham nanti, Mohamaddin berkata, pihaknya akan menunggu siasatan selesai terlebih dahulu.

“Kita tunggu dahulu, kalau serius dan perlu direhatkan saya akan minta pandangan daripada Ketua Setiausaha Negara,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada sidang media di sebuah majlis di sini enggan mengulas lanjut ketika diminta mengesahkan sebab Isham dipanggil ke SPRM. – BH Online

Tags: Isham IshakKSUMohammadin KetapiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd