• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Rogol Exco Perak Sedia Lalui Proses Perbicaraan

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirinya dirogol seorang Exco Kerajaan Perak bersedia untuk menghadapi proses perbicaraan di mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan Konsulat Kedutaan Indonesia di Malaysia yang ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Wakilnya, Sabda Tian berkata, keadaan wanita berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada dibawah pemantauan Kedutaan.

“Keadaan mangsa semakin membaik dari segi mental dan moralnya, dia juga siap dan kuat untuk hadapi proses sidang (perbicaraan) seterusya,” katanya.

Beliau hadir ke mahkamah bersama seorang lagi wakil bagi mengikuti pertuduhan terhadap Exco Pengangkutan awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong yang berdepan dakwaan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut Sabda Tian berkata, pihaknya berpuas hati dengan perkembangan siasatan kes itu dan merakamkan ucapan kasih atas kerjasama baik diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kes-kes seumpama itu sememangnya akan diberikan perhatian serius oleh pemerintah Indonesia terutama membabitkan pekerja domestik.

“Kita ikuti kes ini sejak awal dan sudah tentu harapan kita di pihak Indonesia sangat tinggi, namun kita serah segalanya kepada Malaysia untuk mengendalikannya,” katanya.

Beliau mengakui, kes berkenaan mendapat liputan meluas di negara berkenaan.

“Penerimaan keluarga sudah tentu mereka terkejut atas kejadian yang menimpa anak perempuan mereka, tetapi kita ikuti semua proses yang dijalankan di Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Exco PerakIndonesiakes rogolpaul yong choo kiongpembantu rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gesa Polis Siasat Penyebar Fitnah Terhadap Zakir Naik

Next Post

Paul Yong Mengaku Tak Bersalah Rogol Pembantu Rumah

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Paul Yong Mengaku Tak Bersalah Rogol Pembantu Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd