• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Malaysia Bersih’, Tapi Bersihkah Malaysia?

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sudah lebih enam dekad rakyat Malaysia melaungkan kata azimat “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” dengan penuh rasa cintakan negara tanpa mengira kaum dan agama. 

Masyarakat acap kali mengaitkan perkataan ‘merdeka’ itu dengan ‘bebas’. Bebas daripada cengkaman penjajah, bebas melontarkan pandangan, bebas rasuah dan sebagainya. 

Namun, bagaimana pula dengan aspek ‘bebas kekotoran’? Adakah warga Malaysia yang sudah merasai kemanisan meraikan kemerdekaan selama 62 tahun telah mencapai mentaliti kelas pertama apabila menyentuh soal kebersihan? 

Mungkin khalayak akan berbeza pendapat apabila menghayati tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’. Jika kita sayangkan negara tercinta ini, kita akan memastikan segalanya dalam keadaan bersih.

Jika diamati usaha kerajaan dalam memupuk serta membudayakan amalan bersih, kita dapat menilai komitmen kerajaan dalam membudayakan semangat cintakan alam sekitar, antaranya menerusi pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok dan pelan tindakan ke arah sifar penggunaan plastik. 

Malah, masih ingatkah kita teguran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa malunya dengan keadaan tandas awam di negara ini yang kotor dan busuk serta memberi cerminan masyarakat Malaysia tidak mempunyai tanggungjawab sivik? 

Sekalipun agak ‘pedih’ untuk didengari, namun itulah hakikat yang perlu ‘ditelan’ rakyat Malaysia. 

Penekanan kepentingan membudayakan kepentingan menjaga kebersihan amat diperlukan menurut Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, kerana ia sejajar dengan syariat agama Islam. 

“Agama lain turut menekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan. Oleh itu, pendekatan kerohanian amat wajar ditekankan ke dalam diri masyarakat terutamanya daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. 

“Saya setuju dan menyokong serta sedar bahawa pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar serta pelan tindakan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih dan indah tetapi kita masih berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi merealisasikan aspirasi ini,” jelasnya ketika dihubungi Bernama. 

Bagi pencinta alam sekitar, Mohamad Naim Mohideen Gany, 22, beliau menzahirkan pandangannya mengenai usaha kerajaan dalam memperkenalkan semangat cintakan alam sekitar serta membudayakan amalan bersih. 

“Kerajaan telah melakukan perkara yang tepat dan berkesan dalam memperkenalkan usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti larangan merokok dan pengurangan penggunaan penyedut plastik serta bungkusan plastik.

“Bagaimanapun, kerajaan mungkin boleh mempertingkatkan lagi kesedaran kepada rakyat mengenai usaha itu menerusi visual seperti poster, video pendek atau filem serta kempen menjaga alam sekitar terutamanya di sekolah,” jelasnya yang turut menggerakkan Ecoklippers, sebuah persatuan NGO yang menjalankan aktiviti membersihkan kawasan pantai dan di tempat awam. 

Menyentuh mengenai tahap mentaliti rakyat Malaysia dari aspek kebersihan alam sekitar, kelihatan kita masih jauh ketinggalan untuk menjadi golongan mentaliti kelas pertama meskipun sudah 62 tahun kita merdeka. 

Ahli aktif Peka Selangor, Pua Lay Peng berpendapat rakyat Malaysia terlalu bergantung harap dengan usaha kerajaan bagi menyelesaikan isu alam sekitar walaupun pelbagai pendekatan sudah dilakukan bagi mendidik masyarakat ke arah melestarikan alam sekitar. 

Sememangnya masyarakat Malaysia perlu dipupuk ke arah ‘bebas sampah’ kerana tiada gunanya kemajuan sesebuah negara andai rakyatnya mempunyai tahap kesedaran rendah dalam menjaga kebersihan alam sekitar. 

Tags: kebersihankemerdekaanMalaysiaMalaysia bersih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel 98 Negara Lain Lebih Murah Berbanding Malaysia – Eric See-To

Harga Diesel 98 Negara Lain Lebih Murah Berbanding Malaysia – Eric See-To

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To mendakwa kedudukan harga diesel Malaysia kini...

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd