• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Dianugerah Ijazah Doktor Kehormat Universiti Jepun

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FUKUOKA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Rabu dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ)  bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun.

Mahathir menerima ‘Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa’ daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Fukuoka, bersempena lawatan kerja tiga hari beliau ke wilayah itu.

Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Itami menegaskan bahawa Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan Mahathir, mempunyai impak besar kepada pendidikan tinggi di negara anggota ASEAN.

“Sememangnya diakui dan diiktiraf  bahawa ramai anak muda Malaysia yang belajar di luar negara di Jepun telah menyumbang kepada pembangunan di Malaysia pada hari ini di bawah dasar ini (Dasar Pandang ke Timur),” menurut kenyataan IUJ yang dikeluarkan bersempena penganugerahan itu.

Dalam ucapan sanjungannya, Itami berkata, Dasar Pandang ke Timur telah menjadi asas kepada hubungan akrab antara Malaysia dan Jepun.

Di bawah Dasar Pandang ke Timur, kerajaan Malaysia telah menghantar beratus-ratus pelajar dan pelatih korporat ke Jepun.

“Apabila kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian dari universiti atau tamat program di syarikat di Jepun, pelajar Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dan utama dalam membangunkan Malaysia serta sebagai jambatan antara Jepun dan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, IUJ telah mendidik lebih 20 pelajar Malaysia yang dihantar oleh kerajaan Malaysia sejak 1990-an.

Itami berkata, IUJ turut melancarkan Program Pembangunan Jepun-Global (JGDP) tahun lepas bagi menawarkan peluang pembelajaran kepada bakal pemimpin terkemuka dari Jepun, Asia termasuk Malaysia, Afrika dan Amerika Latin mengenai pengalaman orang Jepun dalam bidang ekonomi serta pembangunan masyarakat sejak era pemulihan Meiji dan kewajaran di sebalik perkembangan ini.

“IUJ mengalu-alukan penyertaan pelajar dari Malaysia dalam JGDP,” katanya.

Itami juga menyatakan harapan bahawa hubungan dua hala yang lebih erat antara Jepun dan Malaysia akan berkembang di bawah Dasar Pandang ke Timur dalam era baharu ini.

“Kami percaya Universiti Antarabangsa Jepun akan memainkan peranan penting dalam Dasar Pandang ke Timur Mahathir dan dalam mengukuhkan hubungan antara Jepun dan Malaysia,” katanya.

Tags: ijazah doktor kehormatIUJMahathir MohamadUniversiti Jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd