• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LZS Nafi Tuduhan Fitnah Kurang Ajar Terhadap Asnaf

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan tuduhan berunsur fitnah seorang lelaki yang mendakwa pegawai LZS bersikap kurang ajar terhadapnya yang tular baru-baru ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku Khamis lalu apabila lelaki tersebut hadir membuat semakan status permohonan bagi rakannya yang hadir bersamanya.

Katanya, semakan tersebut dilakukan di cawangan LZS Klang Sentral. 

“Lelaki itu telah bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba melakukan serangan fizikal kepada kakitangan LZS. 

“Laporan polis telah dibuat bagi menjaga keselamatan kakitangan serta pelanggan yang berurusan di cawangan dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, lelaki tersebut dan keluarganya adalah asnaf yang sedang menerima pelbagai bantuan zakat dari LZS. 

Saipolyazan menambah, LZS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga nama baik institusi zakat. 

“LZS menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan merujuk terus kepada LZS untuk sebarang penjelasan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 2 minit 51 saat yang mendakwa pegawai LZS bersikap kurang ajar yang mendakwa memandang hina asnaf. – K! ONLINE

Tags: asnafkurang ajarLembaga Zakat Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Brunei Yakin Kewibawaan, Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah

Next Post

UMNO Akan Bantu Utusan Jika Akaun, Dana Tak Dibeku

Related Posts

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

07/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mewujudkan program iTEKAD yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan...

Next Post

UMNO Akan Bantu Utusan Jika Akaun, Dana Tak Dibeku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd