• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Nafi Bentang Sumbangan Cukai Ikut Kaum, Bangsa

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pembentangan kertas putih di Parlimen melibatkan laporan berhubung jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum dan bangsa seperti tular dalam media sosial.

LHDN dalam satu kenyataan, memaklumkan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) agensi itu, maklumat pembayar cukai dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum dan bangsa.

“Sehubungan itu, LHDN ingin menegaskan bahawa data yang ditularkan melalui media sosial tersebut adalah tidak benar dan bukan daripada sumber LHDN,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan agensi berkenaan mengesan satu penyebaran maklumat palsu yang tular mengenai pembentangan kertas putih oleh LHDN di Parlimen bertajuk “Siapa kata bangsa Cina & India banyak bayar cukai dekat kerajaan”. 

Menurut kenyataan itu, data dan maklumat mengenai pembayar cukai yang direkodkan dalam sistem LHDN dikategorikan mengikut komponen pembayar cukai melibatkan cukai individu, syarikat, duti setem, cukai pegangan, cukai keuntungan harta tanah (CKHT), koperasi, cukai lain dan petroleum. 

“Justeru, LHDN sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat dan sahih bagi mengelak kekeliruan serta salah faham demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu. 

Data dan maklumat mengenai pembayar cukai mengikut komponen boleh disemak dalam portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my (Laporan Tahunan LHDNM) dan juga siaran media Kementerian Kewangan di pautan https://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/4835-siaran-media-pencapaian-kutipan-cukai-langsung-bagi-tahun-2018.html. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 1800-88-5436. 

Tags: BangsaKaumkertas putihLHDNsumbangan cukai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Prof Madya UKM Balas Kenyataan Ronnie Liu Mengenai Asal-Usul Bangsa

Prof Madya UKM Balas Kenyataan Ronnie Liu Mengenai Asal-Usul Bangsa

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Prof Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shahrul Mizan Ismail membalas kenyataan bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd