Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Didakwa Tangkap Khalwat, Aiman...

BEBERAPA hari lepas netizen dikejutkan dengan kontroversi 'panas' di mana seorang penyanyi remaja...

Rasuah Bukan Lagi Ancaman...

PUTRAJAYA – Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana...

Bajet 2016 Mesra Rakyat,...

PETALING JAYA - Bajet 2016 akan mesra rakyat dan lebih besar berbanding sebelum...

Anti-Ateis: AS Senarai Saudi...

PASUKAN Donald Trump memulakan serangan terbaharu dengan mengkritik Arab Saudi sebagai negara yang...

Kekebalan Kerabat Diraja Terhad – A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Kekebalan yang dimiliki kerabat diraja adalah terhad untuk golongan berkenaan menjalankan tugas rasmi sahaja.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin berkata, perkara itu telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kekebalan itu tetap terhad kepada anak raja yang dilantik sebagai pemangku raja.

“Mereka tidak kebal kalau melakukan jenayah seperti memukul orang atau menipu rakan kongsi perniagaan,” katanya dalam blognya, kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Menurut A. Kadir yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), seorang Sultan pernah dihadapkan ke mahkamah khas ekoran dituduh menghina seorang wanita yang dikatakan rakan kongsi perniagaannya.

Kata beliau, wanita warga Singapura itu telah mengemukakan saman sivil di Mahkamah Khas Raja-raja, malangnya kes itu dibuang kerana hakim membuat keputusan orang asing tidak boleh mengheret raja Melayu ke mahkamah.

“Sebab itulah apabila Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengambil alih jawatan saya mohon beliau membuka semula kes-kes jenayah yang melibatkan keluarga diraja. 

“Tapi saya tidak tahu beliau buat atau tidak. Wallahuaklam,” katanya.


Tambah A. Kadir, beliau turut memohon Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengambil tindakan menyiasat kegiatan melombong dan mengeksport pasir.

Beliau dimaklumkan mengenai pasir yang masih dieksport khususnya ke Singapura, dengan bertopengkan silika. 

“Ikut maklumat, pasir tidak boleh dieksport tapi silika (untuk buat kaca) boleh. Bukan apa, Latheefa sendiri kata majoriti yang ditangkap rasuah adalah kakitangan awam. 

“Jadi kita takut ada ‘little Napoleon’ dalam agensi penguatkuasaan di Johor yang sedang bersubahat main kayu tiga dengan kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori