• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pengangguran Kekal Pada 3.3 Peratus

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus pada suku kedua tahun ini sama seperti suku pertama, kata Ketua Perangkawan Malaysia. Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Beliau berkata, tenaga buruh Malaysia pula meningkat 2.1 peratus berbanding suku kedua tahun lepas kepada 15.60 juta orang, manakala penduduk bekerja turut meningkat 2.1 peratus dalam tempoh yang sama kepada 15.08 juta orang.

“Perbandingan suku tahun ke suku tahun pula menunjukkan tenaga buruh dan penduduk bekerja meningkat 0.5 peratus berbanding suku tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena penerbitan Laporan Survei Tenaga Buruh bagi suku kedua tahun ini oleh Jabatan Perangkaan.

Mohd. Uzir berkata, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada suku tahun ini naik 0.1 mata peratus berbanding suku pertama 2018 kepada 68.8 peratus.

“Pada suku kedua tahun ini, KPTB perempuan mencatatkan kenaikan 0.1 mata peratus kepada 55.8 peratus berbanding suku tahun sebelumnya. KPTB perempuan dalam pasaran buruh bagi kumpulan umur prime age iaitu 25-34 tahun (73 peratus), 35-44 tahun (67.6 peratus) dan 45-54 tahun (62 peratus) adalah lebih tinggi berbanding KPTB perempuan di peringkat nasional.

“KPTB lelaki turun 0.1 mata peratus kepada 80.8 peratus pada suku kedua 2019 berbanding suku tahun sebelumnya. Kumpulan umur yang mencatatkan KPTB melebihi 90 peratus ialah 25-34 tahun (96.2 peratus), 35-44 tahun (97.5 peratus) dan 45-54 tahun (94.3 peratus),” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohd. Uzir berkata, Jabatan Perangkaan turut melaporkan bahawa pada suku kedua tahun ini, komposisi penduduk bekerja yang berpendidikan menengah meningkat 1.6 mata peratus kepada 56.4 peratus berbanding 54.8 peratus pada suku tahun sebelumnya. 

Tags: KPTBpengangguranTenaga Buruh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

11/08/2022
0

PUTRAJAYA : Pelbagai inisiatif digerakkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berjaya menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran dalam negara sehingga 3.8 peratus...

Kadar Pengangguran Dijangka Menurun – M Saravanan

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM4.8 bilion terhadap sektor pekerjaan merupakan langkah yang bersesuaian buat negara untuk mengatasi masalah pengangguran. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd