• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Buat 2 Keputusan “Tidak” Isu Khat, Lynas

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu telah membuat dua keputusan “tidak” termasuk tidak menangguhkan pengajaran khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat dan tidak menamatkan lesen kilang nadir bumi Lynas di Pahang.

China Press melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membangkitkan permintaan supaya kandungan khat dalam buku teks Tahun Empat dikaji semula.

Namun begitu, Kabinet akhirnya bersetuju supaya kandungan Tahun Empat itu tidak akan ditangguhkan, tetapi bersetuju mengkaji semula kandungan khat  dalam buku teks Tahun Lima  dan Tahun Enam yang pada asalnya dijangka dilaksana mulai 2021 dan 2022.

Keadaan itu juga bermakna bahawa sebanyak tiga muka surat mengenai khat akan dimuatkan dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun depan.

Mengenai kandungan buku teks Tahun Lima dan Tahun Enam pula, terdapat menteri yang bersetuju supaya kandungan itu ditarik, tetapi juga ada menteri yang mahu mengekalkannya.

“Kementerian Pendidikan telah diminta Kabinet untuk berbincang secara teliti dengan pihak berkepentingan sama ada perlu menarik balik kandungan khat dalam buku teks Tahun Lima dan Tahun Enam yang akan dilaksanakan mulai 2021 dan 2022.

“Kementerian juga akan mengkaji tentang pendekatan yang sesuai semasa melaksanakan pengajaran kandungan tersebut bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat Cina,” kata sumber kepada China Press.

Mengenai isu Lynas pula, akhbar itu melaporkan, kilang nadir bumi yang mencetuskan kontroversi itu dibenarkan untuk terus beroperasi di Malaysia.

Kabinet dilaporkan memberi lampu hijau untuk memperbaharui lesennya secara bersyarat.

Walaupun menteri daripada DAP dikatakan telah menyampaikan suara bantahan rakyat mengenai kilang Lynas, tetapi ada juga menteri lain yang berpendapat Lynas harus dibenarkan terus beroperasi.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin pernah menggesa Lynas menghantar sisa yang dihasilkan ke Australia, tetapi kerajaan negara kanggaru itu telah menolak kemungkinan tersebut.

Beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack telah berkempen untuk menutup kilang Lynas semasa pilihan raya lalu. Beliau yang pernah meneraju Himpunan Hijau juga pernah menyatakan mahu membakar kilang Lynas. – MalaysiaGazette

Tags: jemaah menterilynas malaysiamesyuarat kabinettulisan khat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaki Sukarelawan Tidak Sangka Jumpa Mayat Nora Anne

Next Post

DAP Nekad ‘Langgar’ Mahathir Dalam Mesyuarat Kabinet

Related Posts

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

07/02/2024
0

Putrajaya : Jemaah Menteri tidak membincangkan sebarang keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana...

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Next Post

DAP Nekad 'Langgar' Mahathir Dalam Mesyuarat Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd