• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Gelar Najib ‘Optimus Prime’

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho menggelar Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Optimus Prime’ yang merupakan salah satu watak dalam filem aksi Transformers.

Pendedahan daripada bekas pengurus perhubungan (RM) AmBank, Joanna Yu Ging Ping ketika sesi pemeriksaan semula itu mengundang tawa mereka yang berada di dalam mahkamah.

Gelaran itu digunakan oleh Jho Low melalui singkatan O.P ketika bertukar-tukar pesanan ringkas Blackberry dengan Joanna berhubung transaksi tiga akaun bank semasa peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Log perbualan antara Joanna dan Jho Low yang dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram itu adalah:

Jho Low: Beritahu dia, OP mungkin akan tutup akaun pada Disember.

Joanna: Ashok (bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Ashok Ramamurthy) mahu kemas kini laporan.

Jho Low: Beritahu dia, OP cakap mungkin akan tutup akaun hujung Disember.

Menjawab soalan Sithambaram, Joanna berkata, beliau difahamkan singkatan OP itu ialah ‘Optimus Prime’.

“Saya masih ingat pernah bertanya mengenai singkatan itu sebelum ini,” katanya.

Dalam sesi sama, Joanna, 48, turut memaklumkan Najib tidak pernah membuat sebarang aduan kepada bank berhubung kemasukan wang dalam jumlah besar ke dalam akaunnya serta sumber dana berkenaan.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Joanna berkata, Najib tidak membuat aduan atau bertanyakan mengenai kedudukan kewangan dalam ketiga-tiga akaunnya kepada pihak bank.

Malah, saksi pendakwaan ke-54 itu juga mengesahkan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mengemukakan sebarang saman sivil terhadap bank berhubung dakwaan salah guna dana dalam akaunnya itu.

Dalam perbicaraan ke-48 melibatkan Najib berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. itu juga, Joanna turut ditanyakan mengapa dia menerima arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho bagi memastikan tidak berlakunya cek tendang.

“Ketika itu beliau adalah seorang perdana menteri jadi saya lihat ia satu yang memalukan apabila kad kredit atau cek miliknya ditolak atau tendang,” katanya.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali berhenti rehat sebelum diteruskan dengan saksi baharu. – UTUSAN ONLINE

Tags: AMBANKJho LowNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd