• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu Dijangka Pulih Selepas Pertengahan September

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu pada tahap sederhana yang menyelubungi beberapa kawasan di Malaysia ketika ini dijangka pulih selepas pertengahan September ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan perubahan arah tiupan angin dan hujan akan kerap berlaku pada minggu ketiga September hingga Oktober, apabila tempoh peralihan monsun bermula.

“Lazimnya, ketika peralihan monsun ini kita akan menerima hujan yang lebih kerap dan sekali gus akan mengurangkan kesan jerebu. Selain itu, perubahan arah angin membantu mengurangkan kesan jerebu akibat kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

“Selagi angin Monsun Barat Daya belum sampai ke penghujungnya, maka kita akan menerima kesan jerebu ini dari semasa ke semasa tetapi ia juga bergantung kepada titik panas di kedua-dua kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Antara kawasan yang terjejas dengan jerebu ialah Petaling Jaya, Kerteh dan beberapa kawasan di barat Sarawak, katanya.

“Bagaimanapun, jerebu itu masih berada pada tahap sederhana tetapi kami akan terus memantau  keadaan jerebu dan bilangan titik panas di Indonesia.

“Oleh itu, orang ramai dinasihat supaya kurangkan aktiviti luar dan elak daripada melakukan pembakaran terbuka,” tambahnya.

Beliau juga berkata, keadaan jerebu itu dijangka berterusan sekiranya situasi kebakaran hutan di Indonesia masih berlaku dan ia turut bergantung kepada keadaan cuaca serta tiupan angin di Malaysia.

Pada 1 Ogos lepas, dilaporkan pantai barat Semenanjung dan Sarawak mula berhadapan masalah jerebu susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.

Tags: IndonesiaJerebuKebakaran hutanMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd