• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ingat, Lee Kuan Yew Mampu Tulis Jawi” – Abdul Hadi

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw mampu menulis tulisan jawi, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, kemampuan dan kebolehan dua bekas pemimpin berbangsa Cina tersebut menunjukkan bahawa tulisan jawi menjadi amalan rasmi dalam urusan politik, ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Marang itu, penjajah melaksanakan agenda menghapuskan tulisan jawi dalam berikutan permusuhan barat terhadap Islam dan penganutnya.

“Sangat nyata golongan menentangnya adalah anak-anak penjajah atau wakilnya yang masih berada di sini, walaupun penjajah Barat itu dikatakan sudah pulang ke negara asal mereka,” katanya dipetik dari Facebooknya hari ini.

Sebelum itu beliau berkata, perkembangan ilmu di seluruh Nusantara dengan tulisan jawi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perantaraan di rantau ini.

“Maka, tidak ragu-ragu lagi dengan adanya penemuan dicuri barat masih tersimpan di negara-negara Inggeris, Belanda, dan Perancis. Bukan sahaja dalam ilmu agama dan sastera, bahkan termasuk ilmu perubatan dan lain-lain.

“Bahkan tawanan Melayu yang dipaksa belayar mengelilingi dunia oleh kapal penjajah membawa ketinggian keilmuan ini dalam pelayaran, ketenteraan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, tulisan jawi mendekatkan penganut Islam dengan pendidikan agama Islam dan bahasa al-Quran sehingga penduduk pelbagai kaum di Nusantara membaca al-Quran dengan fasih seperti orang Arab.

“Jangan jadi Melayu yang lupa bahawa dokumen Perjanjian Pangkor dan banyak surat rasmi kerajaan pada zaman penjajahan menggunakan tulisan jawi, sehingga kedai pajak gadai kepunyaan Cina juga dengan tulisan jawi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangLee Kuan Yewseni khattulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd