• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himsak Desak Caprice Dedah Video Sebenar

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) mencabar Caprice mendedahkan video sebenar kenyataan penyanyi itu yang sebelum ini didakwa memperlekehkan rakyat Kelantan.

Hal ini kerana, menurut Timbalan Presiden Himsak, Datuk Aizuddin Ghazali, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa video yang tular tersebut tidak disiarkan sepenuhnya.

“Selepas laporan polis dibuat, individu berkenaan dilihat meminta maaf, bagaimanapun kami melihat beliau tidak ikhlas kerana telah menuduh pihak lain pula membuat salah dengan memaparkan video tidak penuh.

“Jika beliau berada pada pihak benar, kami mendesak supaya mendedahkan video sebenar dan menjawab apa sebenarnya tujuan beliau berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Kumpulan Anak Kelantan Prihatin tampil membuat laporan polis terhadap Caprice di Balai Polis Petaling Jaya sebagai respons kepada kenyataan artis tersebut yang didakwa telah menghina rakyat Kelantan.

Semuanya gara-gara rakaman video dalam laman Instagram Caprice yang didakwa memperlekehkan rakyat Kelantan kononnya secara tiba-tiba tahu serta faham berbahasa Inggeris berikutan kehadiran begitu ramai pada program ceramah, Dr. Zakir Naik di Stadium Muhammad IV, Kelantan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aizuddin memberitahu, meskipun telah meminta maaf, tetapi penghinaan dan hasutan kebencian terhadap rakyat Kelantan amatlah dikesali serta tidak boleh diterima.

“Kami khuatir dan gusar dengan perbuatan sebegini boleh menggugat ketenteraman masyarat dalam negara kita,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: Capricehimsakrakyat kelantanZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Kelantan Digalak Mendulang Emas, Tidak Dikenakan Royalti

Rakyat Kelantan Digalak Mendulang Emas, Tidak Dikenakan Royalti

25/04/2026
0

KOTA BHARU - "Buat masa ini, kita galakkan dulu rakyat mendulang. Kumpulkan hasil, bila dah banyak nanti, bolehlah jual. Kekalkan...

Kerajaan Madani Angkat Martabat Rakyat Kelantan – PM Anwar

Kerajaan Madani Angkat Martabat Rakyat Kelantan – PM Anwar

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk terus mengangkat martabat serta kebajikan rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd