Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 15...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Tan Sri, Isteri Ditahan...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan seorang individu bergelar Tan Sri berusia...

Tindakan Tegas Banteras Tonto,...

KOTA BHARU - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan menyarankan tindakan tegas perlu...

Perhimpunan Agung Tiga Sayap...

KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga sayap Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri -...

Hasrat Bantu Mangsa Kemalangan Bertukar Tragedi, Ragut 3 Nyawa

SEREMBAN – Hasrat pemandu lori yang mambawa muatan tong gas untuk membantu penunggang motosikal terbabas di laluan kecemasan, bertukar tragedi apabila lorinya dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi lori yang membawa muatan simen, malam tadi.

Rempuhan itu menyebabkan lori dengan muatan tong gas tersebut bergerak ke depan lalu melanggar penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabas itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, dalam kejadian pukul 11.00 malam di Kilometer 269.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara itu turut mengorbankan pemandu lori simen berkenaan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Idham Baharudin, 20, penunggang motosikal Yamaha Y15 dan pemboncengnya Nurul Farah Safwannah Abdul Rashid, 20, dan pemandu lori simen V. Ravendran, 26 tahun.

Ibrahim berkata, kemalangan berlaku ketika sebuah Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki bersama seorang pembonceng dalam perjalanan dari arah Seremban di sini menuju Kajang, Selangor.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke arah lorong kecemasan lebuh raya.

“Selepas kemalangan, seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5 dan pemandu lori jenis Scania membawa muatan tong gas dari arah yang sama telah berhenti di lorong kecemasan untuk memberi bantuan.

“Kemudian sebuah lori jenis Volvo dipandu seorang lelaki yang membawa muatan simen dari arah yang sama telah melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Ibrahim berkata, berikutan itu, lori yang membawa muatan tong gas itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa kemalangan dan penunggang EX5 yang berhenti untuk membantu.

Kemalangan ini telah menyebabkan tiga mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha Y15 dan pemandu lori membawa muatan simen meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, penunggang motosikal EX5 mengalami luka di bahagian kaki manakala pemandu lori tong gas masih belum dapat dipastikan kecederaan yang dialami.

“Akibat pelanggaran itu juga, telah menyebabkan tong gas jatuh bertaburan di beberapa lorong di lokasi kejadian,” katanya.

Ibrahim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di Kilometer 269.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Kategori