• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Bantu Siasatan, Bukan Disiasat SPRM – KSU MOTAC

oleh
08/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Isham Ishak hari ini berkata beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan dan bukannya untuk disiasat.

Katanya selaku pegawai pengawal kementerian, beliau dipanggil bagi memperjelaskan berkenaan prosedur kementerian serta perkara-perkara yang berlaku di kementerian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siasatan itu berhubung kes apa kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Memang benar saya dipanggil SPRM semalam dan ia adalah kali kedua selepas kelmarin (Rabu lepas). Peranan saya hanya membantu siasatan, bukannya disiasat, ia dua perkara berbeza.

“Saya sudah berikan maklumat yang diperlukan bersama dokumen tertentu tetapi bagi menghormati proses siasatan, saya tidak boleh jelaskan ia berkaitan kes apa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Isham berkata beliau perlu menjelaskan kedudukan sebenar bagi membersihkan namanya, keluarga serta kementerian kerana terdapat dakwaan kononnya beliau terlibat dalam salah laku sehingga disiasat SPRM.

Isham berkata pegawai SPRM menjalankan sesi tersebut dengan penuh profesional, malah membenarkan beliau untuk pulang ke pejabat serta mempengerusikan mesyuarat.

Katanya ini kali pertama beliau dipanggil membantu siasatan SPRM sejak berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan dalam kes berkaitan Motac, tidak banyak yang dapat beliau lakukan kerana baru dilantik ke jawatan itu Februari lepas.

“Antara lain saya turut menjelaskan mengenai langkah-langkah yang sudah diambil bagi memastikan perkara berkaitan salah laku tidak berlaku lagi di kementerian,” katanya.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mengesahkan Isham dipanggil SPRM tetapi tidak mendedahkan tindakan itu untuk siasatan berkaitan salah laku rasuah atau perkara lain.

Dalam pada itu, Isham berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap sebuah portal kerana mendedahkan dokumen berkaitan kementerian yang dikategorikan sebagai sulit.

Beliau berkata selain tidak berasas, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan gangguan kepada pentadbiran negara.

Isham berkata beliau sedang mengumpulkan maklumat dan dokumen lanjut berkaitan fitnah yang mula dikesan disebarkan sejak bulan lepas sebelum diikuti dengan laporan polis. 

Tags: Isham IshakMOTACSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd