• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Sistem KLIA, Beberapa Penerbangan Ditangguh

oleh
22/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Beberapa penerbangan ditangguhkan selepas kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan sistem sementara.

Setakat pukul 10.30 pagi tadi, terdapat 20 penerbangan yang dilaporkan ditangguh di terminal utama KLIA dan penerbangan terjejas termasuk ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong.

Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

Operator lapangan terbang itu, Malaysia Airports dalam kenyataan berkata gangguan itu bermula malam tadi dan kini sedang diperbaiki.

“Semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan untuk membantu penumpang di lapangan kerana kami menjangkakan keadaan ini akan berterusan sepanjang hari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Situasi terkawal dan keadaan tidak sesak di terminal utama KLIA kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Duta Airport CARE turut berada di sekitar terminal untuk membantu penumpang.

Penumpang dilihat diberi bantuan dan panduan di kios daftar masuk sendiri.

“Sejak gangguan itu (berlaku), pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang,” kata kenyataan itu.

Malaysia Airports juga menasihati para penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini.

Tags: gangguan sistemKLIAMAHBpenerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

05/12/2025
0

Pelancong Dakwa Dikenakan Caj Melampau Oleh Mynewshub  Kuala Lumpur – Tular dakwaan seorang pelancong asing yang mendakwa dikenakan tambang sehingga...

Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang

Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang

26/10/2025
0

SEPANG: Presiden Donald Trump kelihatan berada dalam mood ceria sebaik tiba di Malaysia apabila beliau dilihat cuba menari mengikut rentak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd