Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

2 Lelaki Dicekup Bawa...

Dua lelaki ditahan polis selepas didapati membawa senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir...

2 Bekas Juruwang Dipenjara...

MELAKA - Gara-gara mencuri pelbagai barangan pasar raya Aeon Ayer Keroh, dua bekas...

PRU15: Mohon Maaf Kata...

ALOR SETAR – Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Mhd. Nasir memohon maaf...

Luke Shaw Cedera Lagi!

IBARAT terkena sumpahan, Luke Shaw sekali lagi bernasib malang apabila pemain England itu...

Dong Zong, Yew Yin, Zakir Naik Akan Dipanggil Polis

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Dong Zong, Koon Yew Yin dan Dr. Zakir Naik untuk disoal siasat berhubung kenyataan-kenyataan mereka yang berbaur perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia adalah negara majmuk pelbagai kaum dan agama dan setiap rakyat seharusnya menghormati kepelbagaian dan meraikan perbezaan yang ada di negara ini.

Beliau mengesahkan beberapa individu lain juga telah dipanggil setakat unu untuk disoal siasat dan ada yang sedang dalam pemerhatian PDRM.

Menurut beliau, langkah ini diambil ekoran beberapa laporan polis di buat ke atas mereka dan siasatan sedang pun dijalankan.

Tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mendakwa mereka yang terlibat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika terdapat bukti yang mencukupi.

“Saya ingin menegaskan bahawa PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa memantau kenyataan yang dibuat, yang didapati mampu mengeruhkan keadaan terutama di media sosial.

“Justeru, pengguna laman sosial diingatkan agar sentiasa menggunakan media sosial secara berhemah,” tegas beliau dalam satu kenyataan di sini.


Muhyiddin turut mengingatkan semua pihak, termasuk bukan warga negara Malaysia bahawa agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

Sehubungan itu, semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk andaian, sebaliknya perlu menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa sebelum membuat ulasan tentang sesuatu kejadian.

Ini bagi mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk fitnah atau tuduhan melulu.

Beliau turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kenyataan atau komen berunsur fitnah, perkauman atau hasutan, agar melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan menghantar rakaman skrin kepada akaun media sosial rasmi PDRM iaitu:

Facebook: facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Instagram: instagram.com/pdrmsia_official
Twitter: twitter.com/PDRMsia
YouTube: youtube.com/user/PDRMsia

Kategori