• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Raja Permaisuri Agong Untuk Malaysia

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAGELANG – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2019, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar Malaysia terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.

Selain itu, baginda memanjatkan doa supaya Malaysia sentiasa mendapat rahmat.

“Dari Borobudur, Jawa Tengah saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

“Semoga negara kita sentiasa aman sentosa, diberkati ALLAH SWT,” titah baginda.

Tunku Azizah mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lawatan negara empat hari ke Indonesia yang berakhir hari ini.

Lawatan itu antara lain menyaksikan Seri Paduka berdua berangkat mengunjungi tapak monumen bersejarah Candi Borobudur di sini semalam, lokasi di mana Tunku Azizah menzahirkan secara ringkas harapan baginda buat Malaysia yang akan menyambut Hari Kebangsaan ke-62 pada Sabtu ini.

Lawatan negara bermula Isnin itu merupakan lawatan negara kedua Al-Sultan Abdullah selepas Brunei, sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.

Ketika menzahirkan ucapan itu, Tunku Azizah diiringi anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ akan diadakan di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.

Tags: Hari KebangsaanRaja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd