• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Darah Campuran Tidak Luntur Identiti Melayu – Permaisuri Johor

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sempena ulang tahun kelahiran Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris ke-60 beberapa hari lalu, baginda menerima hadiah daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim berupa gambar ketiga-tiga anakanda Tunku Ismail berserta tapak tangan dan kaki mereka.

“Ia merupakan peringatan yang sungguh indah bahawa saya kini nenda kepada tiga orang cucu, Alhamdulillah!

“Gambar-gambar kenangan itu diletakkan di rak gambar saya, bersama gambar-gambar ahli keluarga saya yang lain,” titah Raja Zarith Sofiah di laman sosial The Royal Johor.

Baginda bertitah, salah satu daripada gambar itu adalah gambar Tunku Mahkota ketika bayi yang sedang dipangku nenda daripada belah bondanya.

“Beliau (nenda Raja Zarith Sofiah) merupakan keturunan Cina Peranakan dan adalah kekanda kepada mendiang Tan Sri Chang Min Tat, seorang hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.

“Walaupun beliau jarang mengunjungi kami di Johor Bahru, kami sentiasa menemuinya di kediaman bonda saya di Ipoh setiap kali kami menyambut Hari Raya bersama sanak saudara di Perak,” titah baginda.

Permaisuri Johor bertitah, dunia kanak-kanak sebenarnya tidak memikirkan perbezaan perkauman.

“Kita, selaku ibu bapa, yang secara langsung atau tidak langsung, yang akan menanam kesedaran perbezaan ini dalam diri mereka.

“Sebagai ibu, saya memastikan anak-anak saya tahu yang moyang mereka berketurunan Cina dan menerima hakikat itu sama seperti hakikat nenda mereka, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom, juga berketurunan Inggeris.

“Saya berharap mereka berbangga dengan darah yang mengalir dalam diri mereka dan mereka memahami bahawa hakikat sedemikian langsung tidak melunturkan identiti mereka sebagai orang Melayu,” titah baginda.

Raja Zarith Sofiah bertitah, semasa membesar, baginda sering melihat nendanya memakai kebaya Nyonya bersulam dan kain sarong Batik.

Gambar kenangan, Tunku Mahkota Johor didukung oleh nenda Raja Zarith Sofiah.

“Beliau (nenda Raja Zarith Sofiah) sentiasa mempunyai sehelai sapu tangan yang diselitkan rapi di tali pinggang perak pada sarongnya.

“Sedihnya, beliau (nenda Raja Zarith Sofiah) meninggal dunia ketika anak-anak saya masih kecil, tetapi saya sentiasa menunjukkan gambarnya kepada mereka agar mereka tidak akan lupa kepadanya,” titah baginda.

Titah baginda lagi, apabila melihat gambar nenda mendukung anak sulungnya, baginda teringin sesangat memberitahunya yang Tunku Mahkota kini mempunyai anaknya sendiri!

“Saya teringin memberitahunya yang Ismail masih mengingati nenek dan berkongsi dengannya kejayaan yang telah ditempa oleh anak sulung saya.

“Saya ingin menceritakan kepadanya bahawa, walaupun hidup dalam keselesaan di Malaysia, Ismail telah melalui latihan ketenteraan yang cukup sukar di Akademi Ketenteraan India di Dehradun dan ditauliahkan berkhidmat sebagai pegawai Rejimen Kavalri ke-61 Tentera India di Jaipur selama empat tahun.

“Saya ingin memberitahu nenda saya bahawa Ismail kini telah selamat kembali ke Malaysia dan berjaya membina sebuah kelab bola sepak yang hebat kerana beliau sering melihat Ismail bermain bola sepak bersama sepupu-sepupunya semasa mereka masih kecil,” titah baginda.

Titah baginda lagi, di usia 60 tahun, baginda menyedari masih banyak lagi ilmu untuk didalami.

“Namun, satu perkara yang saya cukup pasti ialah nenda saya yang berketurunan Cina tidak kurang identitinya sebagai seorang rakyat Malaysian seperti saya sendiri.

“Anak-anak saya sendiri, walaupun berketurunan campuran, juga tidak kurang beridentiti sebagai rakyat Malaysia seperti saya.

“Insya-ALLAH, Tunku Mahkota berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.

“Jika ALLAH menerimanya sebagai tetamu-Nya di tanah suci, saya akan memintanya berdoa bukan sahaja untuk kami ibubapanya, tetapi juga seluruh keluarga kita dan saya akan turut mengingatkannya agar tidak lupa neneknya,” titah baginda lagi. – Sinar Harian

Tags: cina peranakanMelayuPermaisuri JohorRaja Zarith SofiahTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd