• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli Barang Kemas RM40,000 Guna Kertas Kosong

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang peniaga terkedu apabila mendapati sampul diserahkan pelanggan kononnya berisi wang RM40,000 untuk pembelian sejumlah set barang kemas dari kedainya rupanya hanya kertas kosong.

Kejadian disedari peniaga wanita itu selepas membuka sampul tersebut setelah curiga apabila suspek yang menyamar sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan meminta supaya sampul tersebut tidak dibuka terlebih dahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam itu, mangsa bersama suami didatangi suspek ketika berada di premis perniagaannya di Pusat Komersial Pekan, Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan.

Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 45 tahun memperkenalkan diri sebagai Din dari IPD Pekan memberitahu untuk membeli barang kemas bagi pihak ibu pejabat polis daerah itu untuk dihadiahkan kepada pegawai polis dari Bukit Aman.

“Suspek mendakwa hadiah itu sempena kenaikkan pangkat Ketua Polis Daerah baharu.

“Selepas bersetuju dengan harga ditawarkan suspek memilih barang kemas berupa set subang, cincin dan loket permata nilam bercampur berlian diikat emas putih berharga RM10,000, sepasang subang bertatah delima, nilam dan zamrud diikat emas kuning berharga RM5,000 dan seutas gelang tangan permata nilam campur berlian diikat emas putih berharga RM10,000,” katanya.

Mohd Wazir berkata, suspek turut membeli dua bentuk cincin bertatah delima dan berlian diikat emas kuning, sebentuk cincin bertatah delima dan berlian diikat emas putih dan sebentuk cincin nilam campur berlian ikat dengan emas putih dengan harga RM16,000.

“Selepas memilih barang kemas tersebut, suspek memberitahu mangsa barang tersebut perlu dibawa ke pejabat untuk ditunjukkan kepada Ketua Polis Daerah terlebih dahulu.

“Sebelum beredar suspek menyerahkan sampul surat yang didakwa berisi wang RM50,000 didakwanya milik polis sebagai wang cagaran namun mangsa tidak dibenarkan membuka sampul tersebut sebelum suspek beredar.

“Mangsa yang curiga dengan arahan suspek itu bertindak membuka sampul tersebut dan mendapati didalamnya hanya kertas kosong.

“Menyedari ditipu hingga mengalami kerugian RM40,000, mangsa tampil membuat laporan polis pada hari sama, semalam.

“Suspek sudah dikenalpasti berdasarkan gambar yang dirakam mangsa menggunakan telefon bimbit dan kes ini disiasat mengikut Seskyen 420 Kanun keseksaan,” katanya.

Tags: barang kemaskerugianmenyamar polisPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd