• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tidak Setuju Dengan Cara Zakir Naik

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan penceramah bebas, Dr. Zakir Naik yang membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut agama Hindu dan kaum Cina di Malaysia dalam ceramah beliau amat tidak wajar meskipun beliau bertujuan untuk berdakwah, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak setuju dengan Zakir Naik dalam soal ini. Saya tahu beliau berdakwah dan dalam dakwahnya banyak kebaikan yang dibawa, tetapi dalam soal menyentuh perkauman dalam negara ini ia tidak harus berlaku. Berdakwah perlulah secara berhikmah,” katanya dalam program Bual Bicara bersama orang ramai sempena Siri Jelajah Presiden ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan berkenaan pendirian peribadi Ahli Parlimen Port Dickson itu tentang isu yang dicetuskan Zakir.

Katanya Zakir seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana masih memberi perlindungan kepada beliau untuk terus tinggal di negara ini.

“Memang kerajaan terdahulu yang berikan beliau status penduduk tetap dan apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga setuju benarkan beliau duduk di sini, sepatutnya berterima kasihlah,” katanya.

Berkenaan pendirian PKR terhadap pendakwah itu, Anwar menegaskan perkara itu akan diputuskan secara rasmi esok.

Mengenai situasi yang melanda syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ketika ini, Anwar menegaskan Utusan wajar diselamatkan kerana jasanya melaporkan lipatan sejarah dan perkembangan pendidikan negara sejak dahulu lagi.

“Utusan adalah akhbar yang sangat sinonim dengan sejarah negara. Tidak boleh nafikan jasanya sebagai medium pendidikan. Jadi satu pendekatan menghormati hak para pekerjanya perlu diambil.

“Tidak boleh kerana marah Utusan maka suka ia ditutup. Saya tentunya rasa sedih. Ia hanya disalah gunakan oleh UMNO tetapi syarikat itu perlu dipulihkan dan nasib para pekerjanya harus terbela,” katanya.

Syarikat Utusan Melayu yang berusia 80 tahun kini berada dalam keadaan kewangan yang ‘tenat’ menyebabkan berlaku tunggakan gaji pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Tags: Anwar IbrahimBerdakwahcinahinduZakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerbitan Utusan Malaysia Diteruskan, Tak Henti Operasi

Next Post

Zakir Tak Dibenar Ceramah Di Semua Medium, Media Sosial

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Zakir Tak Dibenar Ceramah Di Semua Medium, Media Sosial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd