• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Kelantan Gesa Polis Siasat Caprice

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Anak Kelantan Prihatin menggesa polis menyiasat seorang artis, Ariz Ramli atau dikenali sebagai Caprice yang didakwa telah menghina rakyat negeri itu.

Jurucakapnya, Norlida Daud mendakwa, Caprice didakwa telah menghina rakyat Kelantan melalui video di laman Instagramnya dengan mengatakan mereka tiba-tiba pandai bahasa Inggeris dengan menghadiri ceramah penceramah bebas, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini.

Dakwanya, kenyataan ego selaku artis tempatan yang tidak berasas itu jelas telah menyinggung perasaan rakyat Kelantan.

“Pada ruangan komen instagramnya, artis berkenaan telah mengeluarkan komen yang menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedophilia.

“Sebagai pencinta keamanan, kami amat risau sekiranya tindakan ini akan mengundang suasana tidak baik dan persepsi buruk kepada masyarakat Kelantan,” dakwanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Norlida dan ahli persatuan telah membuat beberapa laporan polis semalam bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas artis berkenaan.

“Kami memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar beliau mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya. – K! ONLINE

Tags: ArtisCapricePDRMrakyat kelantanZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

17/07/2026
0

SEREMBAN - Satu rakaman video seorang peniaga wanita menyebut 'One Malaysia' ketika ditemuramah oleh Caprice tular di media sosial. Menerusi...

“Orang Benci PMX, Tapi Pelabur Asing Amat Yakin” – Lokman Adam

“Orang Benci PMX, Tapi Pelabur Asing Amat Yakin” – Lokman Adam

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelabur asing mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia, tetapi malangnya terdapat rakyat Malaysia membenci Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd