• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Mati Ditembak

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang warga emas berusia 63 tahun maut ditembak dalam sebuah kenderaan di Jalan Air Putih, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa dipercayai baru pulang dari sebuah kelab malam di bandar ini bersama rakannya berusia 47 tahun.

Menurutnya, sampai di hadapan rumah sewa mereka, rakan mangsa keluar dari kenderaan dan ketika itu mangsa yang masih di dalam kereta ditembak.

“Namun sebaik mendengar tembakan rakan mangsa melarikan diri manakala mangsa sempat memandu kenderaan untuk mendapatkan bantuan, dipercayai hendak ke hospital.

“Mungkin mangsa tidak sempat memandu ke hospital dan berhenti berdekatan sebuah farmasi. Di situ orang ramai menemui mangsa dan memberikan pertolongan. Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital dan bedah siasat akan dijalankan pada petang ini,” katanya.

Abdul Jalil berkata, setakat ini pihak polis telah menahan rakan mangsa untuk siasatan.

“Kedua-dua mereka yang merupakan ahli perniagaan telah datang dari Johor Bahru atas urusan di Pahang.

“Kami akan meneliti setiap kemungkinan dari sudut kaitan rakannya dengan mangsa. Apakah ada elemen kongsi gelap, cemburu, pinjam duit atau sebagainya,” katanya pada sidang media Perhimpunan Khas Ketua Polis Pahang Ogos 2019 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menyalurkannya kepada polis.

Tags: Ahli Perniagaanditembak matiPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd