• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri ‘Tawan’ Puncak Candi Borobudur

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAGELANG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini ‘menawan’ puncak Candi Borobudur, yang juga monumen warisan terkenal di Jawa Tengah, Indonesia.

Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mendaki anak tangga menuju ke puncak candi bagi menikmati pemandangan dan menghayati keunikan seni bina monumen bersejarah itu.

Lawatan Seri Paduka berdua ke candi Buddha terbesar dunia itu adalah satu refleksi kecintaan terhadap kepelbagaian budaya, nilai estetika dan sejarah.

Berkeluasan 2,500 kilometer (km) persegi, Candi Borobudur yang dibina pada abad kelapan tersenarai sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pasangan diraja itu meluangkan masa kira-kira satu jam di tapak warisan dunia itu dan berkesempatan beramah mesra dengan pelancong termasuk rakyat Malaysia.

Seri Paduka berdua diiringi Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan delegasi Malaysia.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke kompleks Harto Soehardjo di Kotagede bagi melihat seni pembuatan kraftangan yang dihasilkan daripada perak.

Atur cara lawatan Seri Paduka berdua yang padat hari ini diakhiri dengan menyaksikan persembahan kebudayaan ‘Sendratari Ramayana’ di Kompleks Taman Wisata di sini.

Seri Paduka berdua meluangkan masa lebih sejam menyaksikan pertunjukan epik Ramayana yang mengisahkan percintaan antara Dewi Shinta dan Rama, yang berlatarbelakangkan candi Hindu tercantik di dunia iaitu Candi Prambanan dan menggabungkan persembahan seni drama tarian dan muzik.

Seri Paduka berdua tiba di Yogyakarta hari ini sempena lawatan negara empat hari ke Indonesia sejak Isnin.

Pasangan diraja itu dijadual berangkat pulang ke Malaysia esok.

Tags: candi borobudurIndonesiaRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd