• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Adakan Lawatan Mengejut Ke Jakim

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 9.15 pagi disambut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta pengurusan tertinggi jabatan itu.

Lawatan tidak berjadual itu dilakukan sejurus Al-Sultan Abdullah selesai mengadakan mesyuarat mingguan pra kabinet bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Melawati pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, lawatan mengejut dan ringkas itu adalah inisiatif Seri Paduka sendiri selaku ketua agama negara.

Beliau berkata, lawatan itu membolehkan baginda mendapat pencerahan lebih mendalam berkenaan fungsi dan peranan Jakim di samping beramah mesra dengan warga jabatan.

“Seri Paduka juga menzahirkan hasrat baginda untuk mengadakan lawatan mengejut dan tidak berjadual seumpama ini ke agensi kerajaan Persekutuan yang lain selepas sesi mesyuarat mingguan pra kabinet,” katanya di sini.

Ahmad Fadil berkata, penglibatan aktif Seri Paduka dengan Jakim bermula susulan Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri di bawah naungan baginda di Istana Negara pada 20 Jun lepas.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar taklimat mengenai Jakim oleh Mohamad Nordin diikuti titah ucapan dan perbincangan yang dibuat secara tertutup.

Seri Paduka kemudiannya dibawa melawat studio televisyen Jakim yang menempatkan Studio Utama Yusuf dan Studio Mini Al-Qasas, lokasi rakaman program terbitan jabatan itu yang terletak di aras satu.

Lawatan itu diakhiri dengan Al-Sultan Abdullah bersalam-salaman dan bergambar kenangan bersama warga Jakim sebelum berangkat pulang.

Tags: Al-Sultan AbdullahJakimYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd