• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Niat Jahat Ganggu Sistem Di KLIA?

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang menyebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, berpunca daripada tindakan berniat jahat.

“Bagaimanapun, kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata rangkaian “semakin stabil.”

Meskipun mengalami gangguan rangkaian beberapa hari lepas, aspek-aspek keselamatan tetap terjaga dengan utuh, kata MAHB.

Ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, kata syarikat itu.

“Ketika kami menyediakan bantuan sedaya mungkin kepada syarikat penerbangan semasa tempoh itu, bantuan, kerjasama dan sikap timbang rasa yang sama turut diberikan kepada kami oleh syarikat penerbangan.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi melahirkan penghargaan kami kepada syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan agensi kami yang saling bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian alternatif terbaik,” kata syarikat itu.

Saham MAHB di Bursa Malaysia turun tujuh sen untuk ditutup kepada RM8.56 hari ini dengan 1.83 juta saham bertukar tangan.

Tags: gangguan sistemKLIAMAHBSaham
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd