• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

68 Jadual Penerbangan Terjejas Ekoran Masalah Sistem KLIA

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebanyak 68 jadual penerbangan dilapokan mengalami kelewatan sehingga pukul 10 malam tadi ekoran gangguan teknikal sistem pelayan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan, pihaknya masih menyelesaikan dan menstabilkan gangguan itu yang berlaku sejak malam kelmarin.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, gangguan sistem ini telah menyebabkan kelewatan penerbangan. 

“Dalam pelan mitigasi ini, kami telah menggunakan semua 38 remote bays (tempat meletak pesawat) di Terminal Utama KLIA untuk menampung pesawat yang tidak dapat meneruskan ke pintu yang dijadualkan berlepas,” kata MAHB dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut MAHB lagi, pihaknya juga menyediakan empat bas tambahan serta perkhidmatan lain untuk melancarkan aliran penumpang yang terjejas.

“Kami juga telah memperluas masa operasi di semua lapangan terbang kami di seluruh negara malam tadi untuk menampung penerbangan yang berlepas dari KLIA,” ujar MAHB.

MAHB selain itu menyediakan tempat letak kereta percuma untuk penumpang yang meletak kereta di Terminal Utama KLIA (Blok A, B, C dan D) sehingga pukul 6.00 pagi hari ini ekoran kelewatan jadual penerbangan.

Penumpang boleh mendapatkan lebih banyak maklumat daripada platform media sosial MAHB dan dinasihatkan untuk sampai ke lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka. 

Selain itu, penumpang digalakkan untuk mendaftar masuk melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat penerbangan masing-masing.

Gangguan berlaku kelmarin itu berpunca daripada masalah sistem pelayan KLIA sekali gus menyebabkan beberapa jadual penerbangan mengalami kelewatan.

Malah gangguan tersebut juga menyebabkan operasi kaunter daftar masuk bagasi sesak apabila penumpang beratur panjang kerana operasi dikendalikan secara manual.

Selain itu, gangguan teknikal tersebut juga menjejaskan papan maklumat penerbangan dan menyukarkan penumpang untuk mengetahui lebih lanjut butiran penerbangan.

Ekoran itu papan maklumat penerbangan dilakukan secara manual dengan penumpang perlu menyemak sendiri di kaunter pertanyaan.

Bukan sahaja operasi lapangan terbang terjejas, malah perniagaan lain termasuk restoran makanan segera Mcdonald mengalami masalah sama apabila tempahan perlu dilakukan secara manual berbanding sebelum ini dalam talian.

Tags: gangguan sistemjadual penerbanganKLIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd