• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ancaman Bom Di Kuala Lumpur

oleh
02/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu objek dipercayai alat Letupan Termampat (IED) yang tidak sempurna ditemui di laman sebuah rumah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, IED itu ditemui orang awam pada 5 petang sebelum polis menerima maklumat pada 10 malam tadi.

Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) sudah membuat pemeriksaan dan mengesahkan objek ditemui itu adalah IED tidak sempurna dan polis masih jalankan siasatan terhadap objek itu.

“Sementara itu, pada 9 malam tadi pula, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menerima maklumat daripada pihak MRCB KL Sentral terdapat ancaman bom diletakkan di sekitar KL Sentral.

“Maklumat itu dihantar melalui laman Twitter iMais-Uma Agencia Sincera@aganciaimais, pada 7.21 malam,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Mazlan berkata, polis kemudian memanggil UPB dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk membuat pemeriksaan sekitar KL Sentral.

“Setakat ini, tidak menjumpai sebarang objek mencurigakan serta dipercayai maklumat diberikan adalah maklumat palsu.

“KL Sentral setakat ini masih selamat dan tren serta perniagaan sekitar KL Sentral telah ditutup sekitar 11 malam,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya turut menerima ancaman sama di Kedutaan Russia, Jalan Ampang dan siasatan mendapati ia adalah palsu.

Tambahnya, polis kini sedang menjalankan siasatan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun Twitter itu.

“Sekiranya orang awam ada sebarang maklumat, boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau Pusat Kawalan IPD Brickfields 03 22979268,” katanya.

Tags: Ancaman BomKL Sentralkuala lumpurPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd