• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Nigeria Mati Dalam Tahanan Tiada Kecederaan Fizikal

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga Nigeria Orhions Evansiha Thomas yang meninggal dunia di dalam lokap Depot Imigresen Bukit Jalil di sini, pada 9 Julai lepas, tidak mempunyai sebarang kecederaan fizikal pada badannya, menurut Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Menurut HCTM dalam satu kenyataan, perkara itu disahkan oleh pakar forensik HCTM yang membuat pemeriksaan terperinci pada mayat mendiang sewaktu bedah siasat dijalankan di bilik mayat hospital.

“Laporan lengkap bedah siasat akan dikeluarkan apabila semua keputusan ujian makmal termasuk toksikologi diperoleh untuk memastikan sebab kematian,” menurut kenyataan itu.

HCTM menjelaskan pihaknya menerima panggilan daripada pusat panggilan kecemasan pada 12.08 pagi pada hari kejadian yang memaklumkan Thomas yang berada di dalam lokap telah menghidap sawan serta tidak sedarkan diri.”Pasukan ambulans dari hospital ini telah bertolak pada 12.10 pagi dan tiba di lokap imigresen pada 12.30 awal pagi.

“Setibanya, pasukan ambulans di lokap berkenaan, penama didapati tidak bernyawa dan mayatnya dihantar ke HCTM untuk dibedah siasat pada 5 pagi itu,” menurut kenyataan itu.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataannya menjelaskan Thomas, 33, yang berada dalam tahanan depot berkenaan meninggal dunia pada 9 Julai lepas disyaki terkena serangan sawan ketika tidur.

Mendiang yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di Limkokwing University of Creative Technology di sini meninggalkan seorang isteri dan dua anak kecil.

Thomas disahkan meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam dan sejurus insiden itu, pegawai penyelia serta pegawai bertugas telah ke Balai Polis Bukit Jalil untuk membuat laporan polis.

Tags: depot imigresenmati dalam tahananOrhions Evansiha Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmin Minta Shamsul Iskandar Jangan Jadi Munafik

Next Post

Robot Sophia Kongsi Pandangan Mengenai Keamanan Dunia

Related Posts

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

96 Etnik Rohingya Lolos Depot Imigresen Masih Diburu

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU – Seramai 96 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini kelmarin masih...

Next Post

Robot Sophia Kongsi Pandangan Mengenai Keamanan Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd