• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi Aishah.

Lima jenis barang kemas yang dipilih penyanyi itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman dalam satu sidang akhbar berkata, dia berbesar hati memenuhi permintaan Aishah atas persetujuannya sendiri.

“Hari ini adalah hari terakhir untuk menyerahkan barangan ini kepada Aishah.

“Barang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya petang ini di kedai emas yang telah dipilih memandangkan pihaknya mahu memeriksa kembali ketulenan barangan yang dibeli ini,” katanya.

Vida ditemui di sidang akhbar penyerahan barang kemas kepada Aishah di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.

Menerusi sidang akhbar tersebut, Vida mencipta drama memasukkan dua batu berlian 1 karat potongan bulat bernilai RM27,100 dan 0.70 karat berlian potongan ‘puteri’ bernilai RM12,920 ke balang makanan ringan produk miliknya.

Selain berlian, Vida turut menunjukkan tiga cincin berlian berwarna emas kekuningan bernilai RM20,820, cincin emas putih (RM11,410) dan emas putih ‘mounting’ (RM7,750).

Sementara itu, Vida berharap penyerahan barangan tersebut dapat menamatkan kemelut yang berlangsung selama setahun setengah sehingga memberi kesan kepada empayar perniagaannya.

“Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda.

“Kalau saya jumpa dia (Aishah) pun lepas ni tak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?

“Tidak dinafikan perniagaan saya juga turut terkesan sehingga mengalami kerugian hampir 80 peratus setiap bulan,” jelasnya.

Terdahulu, pada sidang media 6 Julai lalu, Vida turut membuat permohonan maaf kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54.

Dalam sidang akhbar permohonan maaf itu, anaknya Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammmad Amin, 14, tiba-tiba muncul dalam sidang media menyerahkan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada ibunya bagi membayar ganti rugi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tags: Aishahbarang kemasberlianDatuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Mustahil Adib Diserang Sambil EMRS Mengundur

Next Post

Apps Memudahkan Pelancong Islam Di Taiwan

Related Posts

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

16/11/2024
0

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah kedai barangan kosmetik kerugian kira-kira RM4,000 selepas diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas...

Next Post

Apps Memudahkan Pelancong Islam Di Taiwan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd