• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Ebit Lew Terbabit Kemalangan

oleh
13/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengalami kemalangan dekat Lebuh Raya Utara-Selatan di Seremban pagi tadi.

Menerusi laman Facebooknya, dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Masjid Politeknik Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur selepas habis ceramah agama.

“Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya). Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

“Dua-dua (kenderaan) hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung,” katanya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana semuanya selamat meskipun kereta yang menghimpitnya itu terbalik.

“Walau kita dah bawa elok tiba-tiba orang boleh leka atau mengantuk himpit kita. Syukur pada Allah semua selamat.

“Di sebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf PLUS dan towing (lori tunda) semua kenal,” kongsinya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya – K! ONLINE

Tags: kemalanganPendakwahustaz ebit lew
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd