• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinjauan: 75% Tidak Mahu Mahathir Kekal PM

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) menyaksikan 75 peratus responden berpandangan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya kekal sebagai Perdana Menteri selama dua tahun.

Daripada 75 peratus itu, 44 peratus berkata Dr. Mahathir harus melepaskan jawatannya dalam masa enam bulan dari sekarang.

Sebanyak 36 peratus pula berpandangan Dr. Mahathir tidak seharusnya memegang jawatan perdana menteri lebih daripada dua tahun, manakala 20 peratus mahu beliau meletakkan jawatan segera.

Sementara itu, hanya 22 peratus responden berkata tidak ada keperluan untuk Dr. Mahathir melepaskan jawatannya.

Dapatan tinjauan itu dikeluarkan IDE melalui kenyataan media semalam.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr. Mahathir telah berjanji bahawa beliau akan menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa beberapa tahun.

Walau bagaimanapun tempoh sebenar beliau akan memegang jawatan Perdana Menteri masih tidak jelas.

Dalam tinjauan itu juga Anwar mendahului senarai calon yang dirasakan sepatutnya menggantikan Dr. Mahathir dengan 45 peratus.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki tempat kedua dengan 16 peratus manakala timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menduduki tempat ketiga dengan 11 peratus.

Tinjauan ini dijalankan selama tiga hari dari 28 hingga 30 Jun lalu.

Seramai 1,597 responden wakil dari 222 kerusi Parlimen di Malaysia telah ditemu bual. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir MohamadPerdana Menteritinjauan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Seks: 26 Pemimpin PKR Tegur Anwar

Next Post

Perodua Pertimbang Lancar Myvi GT

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

Perodua Pertimbang Lancar Myvi GT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd