Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Abdul Hadi Tak Hadir...

KUALA LUMPUR - PAS memohon maaf kerana Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Terengganu Anjur Semula Perkahwinan...

KUALA TERENGGANU: Selepas dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, kerajaan Terengganu akan menganjurkan...

Umat Islam Disaran Majukan...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar umat...

Setiausaha Pegawai Kanan Kerajaan...

PUTRAJAYA - Seorang setiausaha pejabat kepada pegawai kanan di sebuah kementerian direman selama...

Perodua Pertimbang Lancar Myvi GT

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang mempertimbangkan untuk melancar Myvi GT pada harga berpatutan setelah mengambil kira model ber­kenaan menelan kos tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi GT lebih sporty yang dipamerkan pada Pertunjukan Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018) mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Katanya, bagi menghasilkan model Myvi GT yang serupa 100 peratus mungkin sukar tetapi sekurang-kurangnya Perodua akan cuba untuk menggunakan konsep yang sama.

Ditanya sama ada Perodua akan memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu menjelang akhir 2019, Zainal menidakkan desas-­desus itu dan menjelaskan bahawa pembangunan sesebuah model mengambil masa lebih setahun.

“Sebarang pengumuman mengenai pengenalan model baharu akan dibuat apabila kami benar-benar bersedia untuk melancarkannya,” katanya ketika me­ngumumkan prestasi Perodua separuh pertama 2019 di sini hari ini.

Perodua menyemak naik sasaran jualannya tahun ini kepada 235,000 unit daripada 231,000 unit yang disasarkan pada awal Januari.

Perodua menjual sebanyak 227,243 kenderaan pada 2018, yang merupakan pencapaian jualan tahunan tertinggi dalam sejarahnya.


Zainal berkata, bagi separuh pertama 2019, Perodua menjual kira-kira 121,800 kenderaan, pe­ningkatan empat peratus daripada 117,100 buah yang dijual dalam tempoh sama tahun lepas disokong oleh permintaan memberangsangkan meliputi semua model.

“Dari Januari hingga Jun 2019, sebanyak 190,765 tempahan telah diterima, iaitu peningkatan lebih tiga peratus daripada 184,949 tempahan dalam tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan permintaan itu memberi kesan positif terhadap ekosistem automotif secara keseluruhan, dengan pembelian komponen berjumlah RM2.7 bilion dalam tempoh berkenaan,” jelasnya.

Beliau menjelaskan bahawa insentif cuti cukai telah memberi kesan sementara kepada pasaran di mana syarikat automotif dan pengguna mengambil kesempatan daripadanya.

“Dengan ini, kami percaya bahawa separuh kedua tahun ini tidak akan sehebat tahun lepas. Momentum pada separuh pertama mungkin menurun menjelang separuh kedua tahun ini,” katanya.

Kategori