Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pyongyang Uji Senjata Teknologi...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan menyelia proses ujian senjata berteknologi...

Perlu Ke Google Street...

PENGUMUMAN oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di...

‘Bobo Dimana’ Teruk Dikecam,...

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan...

‘Snow Fish’ Beri Pulangan...

KEMAMAN - Para usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan makanan berasaskan ikan bakar...

Terangsang Tonton Video, Murid Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun

BATU GAJAH – Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang murid lelaki Tahun Enam bertindak di luar batasan dengan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa di sini.

Perbuatan tersebut terbongkar pada Khamis lalu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya dan mendakwa suspek berusia 12 tahun yang juga anak pengasuh melakukannya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ibu mangsa kemudiannya membawa anaknya ke klinik untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor yang merawat mangsa memintanya membuat laporan polis.

“Mangsa turut memberitahu suspek telah membuka seluar dan memegang kemaluannya selain menggeselkan sesuatu di punggungnya.

“Susulan itu, ibu mangsa telah berjumpa dengan pengasuh dan suspek untuk bertanyakan perkara tersebut sebelum murid itu mengaku melakukannya,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Ahmad Adnan, pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput daranya pecah.


“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut akibat terpengaruh dengan video yang dilihatnya melalui telefon bimbit.

“Suspek telah ditahan pada malam tadi dan dia kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 5 Julai depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kategori