• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Tahu Kenapa Kena Keluar” – Suboh

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md. Yassin tidak pernah bertanya kepada Nik Faisal Ariff Kamil ketika diminta meninggalkan Malaysia pada 2015 dan 2018.

Suboh, 68, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, pada 2015, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada bekas Pegawai Eksekutif SRC International itu yang mengarahkannya untuk melarikan diri ke Bangkok, Thailand.

Saksi pendakwaaan ke-42 itu berkata, bagaimanapun Nik Faisal tidak menyatakan alasannya yang mengarahkan beliau untuk melarikan diri.

“Saya tidak bertemu dengannya…perbualan itu hanya berlangsung melalui panggilan telefon untuk meninggalkan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perbicaraan berhubung dana SRC International yang masuk hari ke-33 hari ini.

Bagaimanapun, Suboh enggan mengikut arahan Nik Faisal ketika diminta untuk meninggalkan Malaysia buat kali kedua pada tahun 2018.

Katanya, ketika itu beliau berada di Indonesia bersama isterinya untuk bercuti.

“Saya cakap padanya yang saya tidak akan pergi,” katanya.

Dalam pada itu, Suboh berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mencarinya lagi selepas beliau selesai memberi keterangan kepada agensi itu buat pertama kali di Abu Dhabi pada 2015.

Beliau berkata, ia sehinggalah pada Mei 2018 apabila beliau dipanggil untuk diambil keterangan sekali lagi beberapa minggu selepas perubahan kerajaan.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. – UTUSAN ONLINE

Tags: Najib Tun RazakSRC InternationalSuboh Md Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd