• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Suka, Tak Perlu Ada Dalam UMNO” – Tok Mat

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Mana-mana pemimpin dan anggota yang tidak lagi menyenangi UMNO serta mempunyai agenda peribadi diingatkan untuk tidak berada dalam parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pihaknya menegaskan bahawa UMNO ketika ini memerlukan ‘pejuang’ yang benar-benar komited ke arah pengukuhan semula parti dan menjayakan misi UMNO.

“Kalau tak suka, tak payah ada dalam parti…tak ada siapa yang memaksa, ini bukan satu paksaan dan ini satu kerja untuk kita meneruskan perjuangan dari dulu.

“Sekarang, kita berada di zaman zon kita, kita mesti menjalankan tugas nanti diambil alih oleh orang muda pula, pelapis kita. UMNO parti perjuangan orang Melayu dan akan terus jadi landasan serta wadah kepada perjuangan orang Melayu.

“Kalau kita seorang pejuang, kalau kita tahu ertinya perjuangan, kita tak akan bergaduh…kita akan bersama, bersekutu dan bersatu-padu bersedia untuk menjayakan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2019 di Dewan Komuniti Kuala Berang, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Dalam masa sama, Mohamad turut menggesa semua pihak mengetepikan agenda peribadi dan meletakkan kepentingan perjuangan sebagai asas kepada gerak kerja selain bekerja sebagai satu pasukan.

“Menang PRU15 merupakan fokus kita, bukannya cerita kecil-kecil…tutup medan perang kecil-kecil hadapi medan perang yang besar iaitu berhadapan dengan PRU15 akan datang,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Mohamad HasanTerengganuUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan

Next Post

Jurukamera RTM Cedera Ditembak Menang Saman RM114,470

Related Posts

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Jurukamera RTM Cedera Ditembak Menang Saman RM114,470

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd