• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan Pengerusi BPUN Perlis, Mat Nadzari Pengerusi BPUN Selangor

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis sementara Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Perkara sedemikian diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagaimana yang diamanahkan oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO, Presiden bersetuju melantik Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, manakala Datuk Zahidi Zainul Abidin kekal sebagai Timbalan Pengerusi.

“Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor pula ialah Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Timbalan Pengerusinya Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin,” katanya.

Annuar berkata demikian dalam sidang media sejurus selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong, di sini hari ini.

Turut sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Jelas Annuar lagi, pelantikan tersebut berkuatkuasa serta-merta hari ini sehingga tempoh Majlis Kerja Tertinggi bagi penggal ini. – MediaUMNO

Tags: Mat NadzariShahidan KassimUMNO PerlisUMNO Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kalimah ALLAH Dipamer Dalam Tokong, Pemuda UMNO Kangar Buat Laporan Polis

Kalimah ALLAH Dipamer Dalam Tokong, Pemuda UMNO Kangar Buat Laporan Polis

04/05/2026
0

Oleh Mynewshub KANGAR – Isu paparan kalimah ALLAH SWT di dalam sebuah tokong yang terletak di premis kedai perkakasan di...

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd