• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370 Hingga Akhir Penerbangan

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing yang dihantar Malaysia Airlines sebelum nahas termasuk dokumen dan data satelit dari syarikat telekomunikasi satelit dari British, Inmarsat mendakwa ‘seseorang mengendalikan ‘control stick’ apabila pesawat MH370 itu hilang di Lautan Hindi’.

Para penyiasat berpendapat sedemikian berdasarkan data yang menunjukkan bahawa ‘pusingan abnormal yang dibuat oleh pesawat terbabit hanya boleh dilakukan secara manual’.

Pakar berkata, pusingan itu perlu dilakukan dengan tangan kerana ia terlalu ketat untuk dilakukan oleh autopilot.

Perancis merupakan negara yang masih menjalankan siasatan kehakiman ke atas nahas terbabit dan menyiasat kematian tiga penumpang warganya, seorang wanita dan dua orang anaknya.

Kehilangan pesawat MH370 ketika penerbangan menuju Beijing dari Kuala Lumpur merupakan misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.

Seramai 239 penumpang berada dalam pesawat terbabit ketika ia hilang pada 8 Mac 2014 dan ia disifatkan nahas paling buruk melibatkan Boeing 777.

Operasi pencarian terakhir pesawat MH370 berakhir Mei tahun lalu apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi.

Pada Julai tahun lalu, Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dalam laporan setebal 449 muka surat, merumuskan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, namun tidak menolak kemungkinan ‘campur tangan yang menyalahi undang-undang’ oleh pihak ketiga telah menyebabkan kejadian itu. – Agensi

Tags: BoeingMalaysia AirlinesMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd