• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembang Santai TMJ: Peneroka Luah Masalah Harga Sawit

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kehadiran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Felda Air Tawar 2 petang semalam diambil peluang sepenuhnya penduduk untuk beramah mesra di samping meluahkan masalah yang melanda warga peneroka terutama tentang harga sawit.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata, baginda yang bertemu dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang turut berkenan meronda kawasan kampung dengan menaiki motosikal, beramah mesra bersama pemain bola sepak kampung serta melawat muzium rumah asal Felda.

“Tunku amat terkejut bila kita maklumkan Felda ini adalah terbesar di Malaysia. Melalui sembang santai, peneroka di sini berpeluang berbual mesra dengan baginda menceritakan sejarah susah payah mereka ketika masuk Felda satu ketika dahulu.”

Tunku Ismail menunggang motosikal meronda kawasan sekitar Felda Air Tawar 2 sempena keberangkatan baginda berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang semalam.

“Kita lihat baginda amat prihatin dengan masalah sedang dihadapi warga Felda iaitu masalah-masalah berkaitan harga sawit dan lain-lain.

“Tunku juga memaklumkan akan lihat daripada sudut mana kerajaan negeri boleh membantu warga peneroka,” katanya.

Hadir sama pada program tersebut, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail, Ketua Kampung Felda Air Tawar 2, Nasruddin Hasan.

Sementara itu, Nasruddin yang mewakili penduduk juga amat teruja menyambut kehadiran Tunku Mahkota Johor itu yang mana kedatangan baginda turut membawa ‘buah tangan’ buat warga Felda itu.

Tunku Ismail (tengah) berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang di Felda Air Tawar 2, petang semalam.

“Baginda berkenan memberi bantuan kepada sekolah agama dan masjid dalam program santai ini. Bagi sekolah agama menerima bantuan untuk menukar bumbung baharu sementara masjid menerima peralatan sistem siaraya.

“Tunku juga memaklumkan kehadiran beliau adalah untuk berdampingan dengan rakyat dan membantu rakyat. Tunku juga memberitahu baginda seronok datang ke Felda ini dan akan datang lagi ke sini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: harga sawitPeneroka FELDATunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd