• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Tronoh Nafi Rogol, Cabul Pembantu Rumah

oleh
10/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Exco Perumahan, kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau telah merogol pembantu rumahnya.

Yong berkata beliau amat terkejut serta keliru dengan tuduhan palsu yang dilemparkan kepadanya.

“Saya langsung tidak pernah merogolnya, mencabul kehormatannya atau melakukan apa-apa gangguan terhadap dia,” tegas Yong dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh dari parti DAP itu berkata, bagi membersihkan namanya daripada tuduhan bersifat fitnah itu, beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan percaya kebenaran akan mengatasi kebatilan.

“Saya telah membawa saksi-saksi untuk membantu siasatan polis bagi menunjukkan bahawa ia merupakan tuduhan fitnah semata-mata,” katanya.

Yong berkata beliau menghormati proses undang-undang yang sewajarnya serta percaya pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dan telus.

Dalam pada itu Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid mengesahkan Exco berkenaan ditahan semalam dan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, seorang pembantu rumah Yong, wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan di Balai Polis Jelapang mendakwa dirogol Exco berkenaan di rumah majikannya itu di Meru, di sini.

Tags: DAP PerakExco Perakkes rogolpembantu rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendakwa Raya Sekali Lagi Fail Notis Usul Tangguh Kes 1MDB

Next Post

Kejatuhan Eksport, Buah Tandan Segar Sawit Amat Membimbangkan

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Kejatuhan Eksport, Buah Tandan Segar Sawit Amat Membimbangkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd