• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwa Raya Sekali Lagi Fail Notis Usul Tangguh Kes 1MDB

oleh
10/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta memfailkan notis usul bagi memohon perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri itu berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditunda.

Pendakwa raya selaku pemohon memfailkan notis usul itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan menamakan Najib selaku responden.

Melalui notis usul itu, pendakwa raya memohon perintah supaya perbicaraan kes 1MDB ditunda sementara menunggu penyelesaian perbicaraan kes SRC diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed menerusi afidavit sokongan yang diikrarkan bersama notis usul itu berkata, perbicaraan kes SRC telah bermula 3 April lalu dan berterusan sehingga 15 Ogos ini di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Menurut Budiman, sehingga kini pihak pendakwaan telah memanggil 45 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan dan pihak pendakwaan bercadang untuk memanggil lebih kurang 20 saksi lagi, tertakluk kepada perubahan keadaan yang dinamik.

“Bagi tujuan perancangan perbicaraan, adalah mustahil untuk perbicaraan kes SRC akan dapat ditamatkan pada tarikh akhir yang telah ditetapkan iaitu pada 15 Ogos ini. Maka wajarlah permohonan (penangguhan) ini,” katanya.

Sementara itu, perbicaraan kes 1MDB di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dijadualkan bermula pada 19 Ogos hingga 22 Ogos dan bersambung pada 26 Ogos hingga 29 Ogos.

Tags: 1MDBNajib Tun Razakpendakwa raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd