• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Padam Banyak Gambar Ainul” – Bapa

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bapa kepada bayi istimewa, Ainul Mardhiah mengakui beliau sudah memadam banyak gambar lama anaknya itu kerana tidak mahu mengingat penderitaan yang pernah dilalui puterinya dulu.

Menurut Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, apabila melihat Ainul sekarang dibandingkan dengan gambar yang dulu timbul perasaan sedih dan sebak di dalam hatinya.

“Bila tengok Ainul sekarang dengan tengok gambar Ainul yang dulu, rasa sedih dan sebak. Rasa macam tidak percaya yang puteri sulung kami itu telah mengharunginya sebelum ini.

“Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.

“Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat cepat tutup balik.

“Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun katanya, Ahmad Safiuddin mengakui masih menyimpan beberapa keping gambar lama untuk ditunjukkan kepada Ainul satu hari nanti supaya anaknya itu menjadi insan yang lebih baik.

”Kuasa ALLAH, ajaibnya ALLAH. ALLAH boleh menghendaki pada bila bila masa sahaja dia mahukan.

“ALLAH izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan Ainul dan ALLAH juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan daripada tubuh badan Ainul.

“Kami sendiri tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa puteri kami akan sampai ke tahap macam ini. Alhamdulillah, nikmat ALLAH yang tidak boleh kami dustakan.

“Saya tinggalkan sekeping dua untuk tunjukkan kepada Ainul bila dia besar nanti agar dia lebih menghargai dan menjadi insan yang bermanfaat di masa hadapan,” katanya lagi. – Sinar Harian

Tags: Ainul MardhiahBapabayiketumbuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd