• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Ibu Yang Gagal…”

oleh
01/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SEJAK lahir Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf.”

Demikian sebahagian kandungan nota yang ditemui bersama seorang bayi lelaki di Kampung Pompod, Kota Belud, semalam.

Bayi yang ditinggalkan di hadapan sebuah kediaman itu disedari pemilik rumah berusia 33 tahun selepas terdengar tangisan jam 5.30 pagi.

Difahamkan, bayi yang hanya berbalut kain itu ditinggalkan di kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani itu tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi.

Katanya, wanita berkenaan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bersama bayi yang ditinggalkan bersama nota dipercayai daripada ibu kandungnya.

“Pengadu mendakwa, dia dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.

“Nota berkenaan meminta wanita terbabit menjaga bayi itu dan menyatakan tarikh lahirnya pada 29 Jun 2019,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, setakat ini bayi berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh badannya.

“Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi.

“Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian DNA untuk mengenalpasti hubungan mereka,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan polis,” katanya.

Tags: bayiIbususu ibu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd