• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Minta Maaf Marzuki Didakwa Kelirukan Dewan Rakyat

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat penjelasan berhubung kenyataan timbalannya Marzuki Yahya yang mengelirukan Dewan Rakyat apabila memberi kenyataan berbeza mengenai status satu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Saifuddin turut mengakui timbalannya terkeliru dengan soalan yang dibangkitkan menyebabkan jawapan diberikan kurang tepat.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan membuat semakan kehakiman terhadap keputusan ICJ berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, sebaliknya akan meneruskan perbincangan menerusi Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC).

Saifuddin memohon maaf kepada Dewan Rakyat dengan memberitahu bahawa Marzuki tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat.

“Setelah merujuk timbalan menteri, saya difahamkan beliau terkeliru dengan soalan tambahan yang diajukan dan setersunya memberikan jawapan kurang tepat kepada soalan itu.

“Sebagaimana sedia maklum, kerajaan ambil keputusan untuk tidak teruskan permohonan semakan semula keputusan ICJ berhubung Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Menyedari kesilapan tersebut saya juga difahamkan perkara ini dijelaskan oleh timbalan menteri pada 3 Julai melalui satu wawancara dengan wakil Bernama.

“Apa yang beliau maksudkan ialah Malaysia akan teruskan pelaksaaan penghakiman ICJ menerusi MSJTC, bukannya membuat semakan penghakiman.

“Saya yakin dan percaya tidak ada sebarang niat oleh timbalan menteri untuk kelirukan dewan berhubung status itu. Kementerian dengan ini memohon maaf kepada dewan dan berharap penjelasan saya pada hari ini dapat betulkan kekeliruan yang timbul semasa sesi jawab lisan 2 Julai lalu,” katanya.

Annuar Musa (BN-Ketereh) sebelum itu meminta timbalan menteri membuat penjelasan berikutan kenyataan berbeza mengenai status keputusan ICJ yang menurut beliau mengelirukan Dewan Rakyat.

Pada 2 Julai, Marzuki memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan masih komited untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman kepada ICJ berhubung kedaulatan Pedra Branca yang juga dikenali sebagai pulau Batu Puteh.

Katanya, kerajaan akan memfailkan semakan kehakiman berhubung status 3 pulau itu di mahkamah antarabangsa.

Namun, sehari selepas itu beliau berkata, kenyataannya berkenaan pulau Batu Puteh adalah mengenai pelaksanaan penghakiman ICJ, bukannya untuk menuntut semula pulau itu.

Tags: ICJMarzuki YahyaMSJTCpulau batu putehSaifuddin Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

20/07/2024
0

SHAH ALAM - Keputusan terbaharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin membuktikan kepimpinan rejim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd