• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Riza Aziz Didakwa Terima Wang Haram Lebih RM1 Bilion

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas  atas lima pertuduhan melibatkan diri dengan menerima wang daripada aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS$248.173 (kira-kira RM1bilion) juta lapan tahun lalu. 

Bagaimanapun Riza atau nama sebenarnya Riza Shahriz Abdul Aziz, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan pertama, dan kedua Riza didakwa menerima hasil dari aktiviti haram  masing-masing AS$1,173,104 juta dan AS$ 9 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles Amerika Syarikat milik Red Granite Production Inc, yang mana wang tersebut adalah hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di City National Bank Los Angeles Main, 525 South Flowers Street, Los Angeles California, Amerika Syarikat pada 12 April 2011 hingga 10 Oktober 2012.

Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima pula, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor itu didakwa menerima wang sejumlah AS$238 juta daripada akaun milik Aabar Investments PJS Limited di BSI SA Lugano ke akaun BSI Bank Ltd. Singapore milik syarikat Red Granite yang mana wang tersebut adalah hasil penyelewengan 1MDB.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 18 Jun 2012 hingga 14 November 2012 di Ltd. Temasik Boulevard, #32-01 Suntec Tower One Singapura.

Bagi Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan Riza boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Dalam prosiding itu peguam Datuk Hariharan Tara Singh dan Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Riza tidak membantah dan bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Turut hadir semasa prosiding berlangsung dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa yang juga adik tiri Riza

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Tags: 1MDBAmlariza aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Takrifan Umur 31 Kepada Warga Emas Jadi ‘Troll’

Next Post

Inkues Adib: Pakar Fizik Dari UiTM Dipilih Jadi Saksi

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Inkues Adib: Pakar Fizik Dari UiTM Dipilih Jadi Saksi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd